Rahsia Memaksimumkan Pendapatan
Bagaimana memaksimumkan pendapatan anda
melalui Google Adsense? Saya akan menerangkan beberapa tip penting
yang dapat meningkatkan pendapatan anda melalui laman web.Ikut
tip-tip yang diberikan supaya anda dapat memanfaatkan sepenuhnya
fungsi Google Adsense pada halaman web peribadi anda bagi menjana
duit dengan cara yang lebih berkesan.Ada di antara tip ini kelihatan
biasa sahaja,namun sebenarnya dapat memberikan perubahan yang besar
kepada pendapatan anda.
1)Pemilihan format iklan yang betul
Adsense for content menawarkan banyak
format iklan yang dapat digunakan .Anda perlu memilih format iklan
yang sesuai.Menurut Google format iklan yang terbaik dan menghasilkan
banyak klik
adalah format banner 728x90 format
persegi 336x280.
Anda dapat memasukkan sehingga tiga
jenis iklan pada satu halaman blog anda.Saya menyarankan supaya anda
menggunakan iklan bersaiz 336x280 di tengah blog anda dan bersaiz
728x90 pada header blog anda .
2)Iklan seperti kandungan
Kebanyakan orang yang melayari internet
ingin mencari maklumat.Iklan yang anda masukkan perlu diubah warnanya
supaya menyamai kandungan blog anda.Jadikan iklan itu sebahagian
daripada kandungan blog anda.Gunakan kemudahan yang disediakan oleh
Google iaitu bagi mengubah warna, latar,teks,link dan border.Pastikan
sama dengan yang tersedia di laman web anda.Ini membantu meningkatkan
CTR laman web anda.
3)Guna Iklan teks
Menurut kajian pelayar internet lebih
cenderung mengklik pada teks,bukan pada imej.Ada di antara pelayar
beranggapan iklan teks adalah sebahagian daripada kandungan laman
web.Penggunaan iklan teks juga meningkatkan kecenderungan pelawat
blog anda untuk mengklik pada iklan Adsense.Jangan gunakan iklan
berbentuk imej kecuali benar-benar perlu.Faktor ini bergantung kepada
desain laman web anda.
4)Tonjolkan Iklan Anda
Bina atau pilih tema yang menonjolkan
yang menonjolkan iklan Adsense anda.Jangan menyembunyikan iklan
Adsense anda dan elakkan daripada meletakkan iklan di tempat di
tempat yang tidak dilihat oleh pelawat.Tiada pelawat yang mahu
mengklik iklan anda yang tersembunyi.
Anda perlu memastikan iklan anda
kelihatan seakan-akan sebahagian dari kandungan laman web
anda.Kebarangklian bagi orang mengklik iklan anda adalah tinggi
apabila iklan itu sebati dengan desain laman web anda.
5)Hindari Penggunaan Border
Pastikan border iklan anda sama dengan
warna latar laman web.Ubah warna sehingga kelihatan seperti
sebahagian daripada link laman web anda.CTR laman juga dapat
digandakan dengan membuang border iklan.Apabila ada border kelihatan
seperti iklan.Pelawat blog anda akan mengelak daripada mengklik
apabila mereka tahu ia adalah iklan.Jadikannya seolah-olah sebahagian
daripada link dalam laman web anda.
6)Semak Kombinasi Warna Iklan
Kombinasi warna iklan teks juga adalah
salah satu desain.Pastikan warna iklan teks sama warna teks laman web
anda.Warna teks mempengaruhi orang mengklik.Selitkannya dekat dengan
link laman web anda.Menurut kajian pelayar lebih cenderung mengklik
pada teks berwarna biru kerana biru sinonim sebagai link navigasi.
7)Jumlah Iklan Yang Wajar
Penggunaann iklan yang banyak
merimaskan pelawat blog anda.Ini boleh mengurangkan pendapatan
Adsense anda kerana iklan yang bernilai rendah tidak akan disiarkan
akibat terlalu banyak ruang iklan yang perlu disi.Pilih kedudukan
yang anda rasakan dapat menghasilkan klik yang banyak.
Walaupunn kata kunci yang digunakan
benilai tinggi,tidak semua iklan yang disiarkan di laman web anda
bernilai tinggi.Anda boleh menggabungkan penggunaan iklan teks dan
iklan link pada blog anda.
8)Manfaatkan Google Search Box
Kotak carian Google masih kurang
digunakan.Kebanyakan penulis blog tidak menggunakannya walaupun
kemudahan ini dapat membantu menambah pendapatan mereka.Pelawat yang
mencari maklumat pasti menggunakannya apabila mereka tidak menemui
maklumat yang dikehendaki.Dengan sedikit dorongan mereka akan
menggunakannya dengan senang hati.Namun anda hanya mendapat duit
apabila pelawat itu mengklik pada ruang sponsor link pada hasil
carian.Sekiranya mereka tidak mengklik pada iklan yang ada pada
ruangan itu,anda tidak mendapat apa-apa.
9)Kandungan Blog Yang Berkualiti Dan
Bermanfaat
Content is King .Itulah yang
diperkatakan oleh pakar pemasaran di internet.Mereka sering
menekankan kandungan yang asli dan unik kerana search engine
menyukainya.Trafik yang diperolehi daripada search engine bertahan
pada jangka masa yang panjang.
Pastikan anda tidak melakukan keyword
spamming iaitu salah satu teknik menipu search engine.Laman web anda
mungkin dikeluarkan terus dari keputusan carian apabila dikesan oleh
search engine.Malah pelawat pasti berasa kecewa apabila maklumat yang
dikehendaki tidak dijumpai walaupun laman web itu disenaraikan di
search engine.
Apabila laman web anda mengandungi
maklumat yang diinginkan oleh pelawat,mereka pasti akan terus
melawatinya bagi mencari maklumat lain.Inilah sebabnya pakar
pemasaran merasakan kandungan adalah raja kepada pelawat.
Sentiasa manfaatkan aplikasi penjana
idea yang telah dikongsi sebelum ini.Aplikasi ini banyak membantu dan
memberikan impak yang hebat pada pendapatan Google Adsense anda.
10)Gunakan Chanel Sebagai Penjejak
Anda perlu menggunakan channel bagi
mengesan klik .Channel membantu mempertingkatkan prestasi laman web
anda..Setiap akaun Google Adsense dibenarkan mencipta 200 channel
sebagi penjejak prestasi iklan.
Anda juga boleh menggunakan alatan
alain bagi mengesan klik pada Adsense anda seperti server log yang
menunjukkan kata kunci yang membawa pelawat ke blog atau laman web
anda.Server log ini hanya ada pada hosting berbayar,tidak pada
blogger.Namun anda boleh menggunakan Google Analytics bagi membantu
proses tracking dan mencari keyword yang paling berkesan bagi blog
anda.
11)Kajian Permintaan Dan
Nilai Kata Kunci
Google
Keyword Tool
Anda
boleh membuat kajian permintaan dan juga nilai bagi kata kunci yang
terbabit.Anda boleh mencari kata kunci yang bernilai tinggi.Anda
boleh membina blog berdasarkan kata kunci yang bernilai tinggi.Di
samping
itu penekanan kepada kandungan yang asli juga perlu.Persaingan dan
jumlah laman web yang memfokuskan kata kunci bernilai tinggi adalah
sengit.Dengan Kandungan
yang bagus ,mungkin anda boleh mencelah dan berada pada kedudukan 10
terbaik pada search engine.Sekiranya anda berjaya ini adalah satu
bonus yang dapat meningkatkan pendapatan Adsense anda secara
mendadak.
No comments:
Post a Comment